Pages

Saturday, October 16, 2010

HISAP JARI TIDAK MEMUDARATKN BBY

Sememangny kite sbagai seorg ibu tidak selese mlihat bayi kite menghisap jari mereke sewaktu bayi dan ade kalany sehinnga dewasa.
Ade juge segelintir masyarakat menyatakn bayi yg suke menghisap jari boleh mmudaratkn lelagit n pertumbuhan gigi yg tidak cantik. Tabiat ini tidak akan menjejaskan pertumbuhan giginya dan hanya bersifat sementara. Bayi sebenarnya mempunyai sifat ingin menghisap secara semula jadi.

Didapati, keinginan untuk menghisap paling tinggi antara satu hingga satu setengah jam selepas bayi dilahirkan. Atas alasan itulah, para ibu digalakkan memulakan penyusuan susu ibu seawal yang mungkin.
Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. , bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa.
"Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun."
Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85 hingga 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini.
INFO: Hisap jariLebih tiga suku bayi gemar menghisap jari sehingga ke usia setahun.
Tabiat ini dilakukan lantaran rasa seronok, dan mententeramkan diri sendiri dan tidak boleh dikaitkan dengan masalah emosi lain.

Pakar kanak-kanak bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.
Bagaimanapun kira-kira 15 peratus kanak-kanak akan terus menghisap jari selepas usia lima tahun dan dalam keadaan inilah ia boleh mencetuskan masalah perhubungan sosial dengan rakan sebaya apabila sudah masuk sekolah.

Tabiat ini boleh mencetuskan masalah gigi apabila berlanjutan sehingga lima tahun, bila gigi dewasa mulai mengambil alih gigi susu. Ia dikatakan boleh menjejaskan masalah mengunyah dan masalah lain kepada jari seperti kulit kering dan jangkitan kuman.

KESIMPULAN NY IBU JGNLH RISAU MY 2ND BBY PN SUKO ISAP JARI .....

1 comment: