Pages

Saturday, October 16, 2010

selamat mencuba

TIPS CANTIK

Bagi memastikan solekan tampil sempurna soal kebersihan dan teknik yang digunakan juga penting. Oleh itu ikuti beberapa tip yang boleh anda praktikkan berkaitan perkara ini.
• Bersihkan kotoran degil dengan menggunakan kapas yang dicelup dengan pencuci mekap. Hati-hati, jangan sampai terkena mata. Pilih pencuci mekap berasaskan minyak untuk membuang kesan-kesan solekan pada muka. Bilas dengan air untuk menanggalkan sepenuhnya sisa minyak tersebut.
• Gunakan pembersih muka berbuih setiap pagi untuk mencuci muka. Ini bagi memastikan kawasan berminyak benar-benar bersih selain mengatasi masalah berlakunya tompok-tompok hitam. Urut seketika dan tumpukan pada kawasan berminyak.
• Jangan bersolek sebelum mengeringkan rambut anda kerana bahang panas dari pengering rambut itu akan menyebabkan solekan anda cair atau bertompok.
• Sekiranya anda kehabisan cecair untuk garisan mata, celupkan berus nipis kepada maskara dan lakukan kaedah serupa ketika menyapunya di mata.

Cantik di hatiSetiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

No comments:

Post a Comment