Pages

Saturday, October 16, 2010

BERHATI2LH KAUM HAWA...

IPOH: Seorang pelajar perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Rubana di Teluk Intan di sini hari ini.
Mayat Dirya Barathi A/P Murali, 16, ditemui tanpa pakaian di dalam parit kira-kira 7.30 pagi oleh orang awam.

Polis kemudian menjumpai pakaian seragam sekolah mangsa tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang.

Mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata, motif kejadian masih belum diketahui dan tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol.

Mangsa dikatakan keluar rumah di waktu pagi untuk ke Sekolah Menengah Horley Methodist, sejauh 8 kilometer dari rumahnya dan tidak pulang sehingga lewat petang.

"Kehilangan mangsa dilaporkan oleh bapanya K Murali, 43, yang bekerja sebagai ketua pengawal estet pada 9 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak," kata Goh.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di talian 05-6212222.-Bernama

No comments:

Post a Comment