Pages

Saturday, December 25, 2010

KEJUTAN 3.30AM

Salam...selamat ptg...semoga semua chat hendakny.
Waktu umi ngah tengok hmetro,umi terbace 1 etikal yg memang kterlaluan n sedih...
kisah 2org ank gadis kite yg sanggup buat maksiat lam umah sendiri...
risau umi,umi pun de 2org puteri yg tengah membesa...
jom kite bace etikal kat bwh ni n renungknlh,
adakah masalah ni bpunce dari slh didikkn ibu bapa or ank yg x paham bhase n kuang aja....


KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak
gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada
penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati
tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.


Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini,
pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta
suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani
bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas
memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya
tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.


Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki
masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya
dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu
kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu
Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah
Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian
kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.


“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih
di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka
dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,”
katanya.


Sumber : harian metro

No comments:

Post a Comment