Pages

Thursday, December 23, 2010

Dua beranak terbunuh selepas ambil keputusan PMR

KOTA BAHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata
apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota
Baharu, di Pekan Kok Lanas, hari ini.


Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa,

42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, dilanggar dengan

sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang

jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga,

lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di
lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik.
Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah diseret oleh lori berkenaan dan
tersepit
di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari

motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan

di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam

kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan

rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.

Mayat
kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment