Pages

Monday, November 1, 2010

Mahkamah putuskan ibu atau bapa tentukan status agama anak

WALAUPUN pernah hangat diperkatakan, tetapi persoalan orang bukan Islam memeluk Islam masih belum dapat diselesaikan secara tuntas khususnya apabila membabitkan anak kecil memeluk Islam ditentang pihak tidak memeluk agama Islam. 

Undang-undang memberikan jawapan tepat berhubung persoalan ini mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12(3) yang menyatakan tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3), agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Bukan kedua ibu bapa kanak-kanak itu.
Perkara 12(4) ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan dalam kes Subahsini melawan Saravanan, dengan mahkamah memutuskan salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keislaman anak itu. 

Berbeza enakmen lama iaitu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No.3 Tahun 1952, menyediakan peruntukan kanak-kanak lahir hasil dari perkahwinan bukan Islam akan secara automatik disahkan Islam apabila salah seorang pasangan memeluk agama Islam. 

Kalangan ulama bersepakat apabila salah seorang ibu atau bapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur disifatkan sebagai Islam kerana anak dilahirkan itu adalah fitrah dan fitrah di sini bermaksud Islam. 

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan al maqasid al syariah (objektif syariah). Terdapat lima objektif syariah iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).
Bagi mencapai maqasid ini, umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara termasuk menjaga agama dan keturunan. Oleh demikian, agama anak itu hendaklah mengikut ibu atau bapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima jika al maqasid al syariah ini tidak dicapai. 

Undang-undang Islam dibuat berdasarkan perintah diaturkan Allah yang menjangkaui kemampuan akal memikirkannya. Ia sesuatu melampaui logik akal manusia dan undang-undang terbaik semesta alam. 

Ada cadangan supaya menggunakan logik akal iaitu anak itu bukan Islam dan harus di teruskan sebagai bukan Islam serta tidak perlu mengubah status quo anak. Undang-undang kita tidak boleh menggunakan logik akal kerana ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan serta dihayati. 
Sebagai perbandingan, mengikut logik akal kita tidak melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah jika tiada kenderaan melintas di depan, tetapi undang-undang mempunyai falsafah tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. 

Menjadi amalan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Dalam memutuskan hak jagaan anak, faktor kebajikan anak dititikberatkan termasuk permasalahan akidah, tumbesaran dan pembelajaran. 

Perkara sebegini boleh diputuskan mahkamah dan hak memelihara anak biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan serta kebajikan termasuklah agama anak itu. 

Sementara mualaf pula, mereka mempunyai hak yang wajib dipertahankan, perlu didekati bagi mengukuhkan keimanan dan segala permasalahan dikongsi bersama supaya mereka dapat merasakan keindahan persaudaraan Islam itu. 

Sering kali isu berkaitan pemelukan Islam oleh mualaf, khususnya suami, timbul andaian pihak berkenaan ingin lari daripada tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga atau ingin memutuskan hubungan kekeluargaan. 

Hakikatnya, tuduhan dan andaian sebegini adalah keterlaluan kerana membawa tanggapan umum lelaki yang memeluk Islam ingin lari daripada tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga. Persepsi sebegini tidak benar sama sekali kerana hidayah Allah diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih. 

P/s: bimbinglah serta bentuk lh anak2 kite semua dr kecil lg tentang betapa pentingnya pengatahuan agama dlm khidupan kite..

No comments:

Post a Comment