Pages

Thursday, November 4, 2010

Bayi baru lahir berlumuran darah dibuang tepi rumah


MERSING: “Saya terkejut mendapati ada bayi diletakkan di tepi rumah dengan tubuhnya berlumuran darah selain masih bertali pusat,” kata Siti Zaharah Ahmad, 45, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tekukur, Felda Nitar 1 di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.

Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.

“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah.

“Saya membawa bayi itu masuk sebelum membersihkannya,” katanya.

Abd Rahman pula membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

“Sebelum kejadian, saya melihat kelibat kereta tidak dikenali berlegar di kawasan ini dan mungkin mereka yang menjadi dalang membuang bayi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, sebaik mendapat maklumat sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu dipercayai berketurunan Melayu selain baru dilahirkan kurang 24 jam lalu.

“Bayi itu sudah dihantar ke Hospital Mersing dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya.

Apelh nk jd kn manuasia zmn skrg?????

No comments:

Post a Comment